1st Veterinary Academia Industry Convention 2022 of Faculty of Veterinary Medicine Universiti Putra Malaysia (UPM) & Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

1st Veterinary Academia Industry Convention 2022 of Faculty of Veterinary Medicine Universiti Putra Malaysia (UPM) & Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Fakulti Perubatan Veterinar UPM dengan kerjasama Fakulti Perubatan Veterinar UMK buat julung kalinya akan menganjurkan Program “1st Veterinary Academia Industry Convention 2022 of Faculty of Veterinary Medicine Universiti Putra Malaysia (UPM) & Universiti Malaysia Kelantan (UMK)” pada 27-28 Ogos 2022 di Universiti Putra Malaysia.

Program “1st Veterinary Academia Industry Convention 2022 of Faculty of Veterinary Medicine Universiti Putra Malaysia (UPM) & Universiti Malaysia Kelantan (UMK)” merupakan program sesi konferensi yang akan membincangkan tentang isu-isu semasa yang berkaitan untuk meningkatkan kesedaran dan peranan semua pihak dalam bidang veterinar. Program ini secara tidak langsung menjadi platform kepada ahli akademik veterinar untuk memberi perkongsian dua hala dan antara pihak akademik dengan pihak berkepentingan seperti badan kerajaan, syarikat swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan veterinar di Malaysia (VAM,MAVP, WPSA, WVPA, MSAVA) industri dan masyarakat.

Manakala di sebelah malam pula akan berlangsung Majlis Makan Malam Apresiasi Industri yang merupakan sesi penghargaan dan ramah mesra atau ‘engagement night’ antara ahli akademik veterinar UPM dan UMK dengan pihak industri veterinar yang talah banyak menyokong fakulti selama ini. Majlis Makan Malam Apresiasi Industri Veterinar ini adalah yang pertama kali dan sekali gus membawa alumni dalam bidang veterinar kembali ke kampus bagi menyuburkan semangat kecintaan kepada alma mater yang mana sebahagian besar industri veterinar adalah alumni Fakulti Perubatan Veterinar UPM dan UMK.

Sekiranya memerlukan maklumat lanjut berkaitan program ini sila hubungi pihak sekretariat di talian: 03-97693971 atau emel: tdpsfpv@gmail.com