Klinik Veterinar (KVUMK)

Faculty of Veterinary Medicine

Latar Belakang Klinik Veterinar UMK (KVUMK)

Klinik Veterinar Universiti Malaysia Kelantan (KVUMK) ditubuhkan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran serta perkhidmatan kepakaran veterinar kepada pelanggan. KVUMK beroperasi sepenuhnya secara rasmi pada 29 September 2013. Sebagai satu klinik amalan veterinar yang menggunakan teknologi dan kemudahan terkini yang dapat menawarkan rawatan kepada pelbagai spesis haiwan kesayangan.

KVUMK dikendalikan oleh para doktor veterinar yang bertauliah, terlatih dan berpengalaman, serta dibantu oleh kakitangan sokongan klinik yang berkaliber dan berdedikasi tinggi. Juga sebagai pelantar pengajaran dan pembelajaran para pelajar prasiswazah dan pasca siswazah Fakulti Perubatan Veterinar, UMK.

Perkhidmatan yang ditawarkan

  • Pemeriksaan Kesihatan
  • Program Vaksinasi & Penyahcacingan
  • Pemeriksaan Pergigian
  • Diagnostik Pengimejan
  • (X-ray / Ultrasound / Endoscopi / ECG)

Pembedahan

  • Pembedahan Minor / Major
  • Pembedahan tisu lembut
  • Kasi / Kembiri
  • Pengurusan Luka
  • Ortopedik
  • Komplikasi

Visi, Misi & Objektif

Visi

Penerajui penjagaan kesihatan dan rawatan veterinar secara professional dan unggul bagi haiwan.

Misi

 

Menyediakan penjagaan kesihatan dan rawatan veterinar cemerlang melalui peningkatan nilai kepakaran dan kemahiran yang berterusan, penyediaan fasiliti yang kondusif dan selesa mengutamakan kehendak dan kepuasan pelanggan.

Objektif

 

  • Menepati kepuasan pelanggan melalui penjagaan kesihatan dan rawatan haiwan kesayangan secara professional dan holistik.
  • Memberi perkhidmatan yang cekap melalui penggunaan peralatan moden dan aplikasi kepakaran.
  • Memastikan penambahbaikan perkhidmatan yang berterusan dalam setiap aspek.

Waktu Operasi

Ahad – Rabu
Khamis
Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum
9pg – 1ptg

2ptg – 4ptg

9pg – 1ptg Tutup
Web Design MymensinghPremium WordPress ThemesWeb Development