Bengkel LinkedIn untuk Pelajar Tahun Akhir 2019/2020

SEKARANG MEREKA TELAH BERSEDIA UNTUK MEMULAKAN KERJAYA SEBAGAI DOKTOR VETERINAR

Lulusan gen-Y bukan sahaja perlu mempunyai resume yang mantap tetapi kehadiran mereka juga perlu disedari dalam rangkaian profesional. LinkedIn sebagai platform Rangkaian Profesional Terbesar di Dunia, dapat meningkatkan kebolehlihatan graduan di peringkat global.

Sehubungan dengan itu, pada 6 September 2020, Dr Nurshahirah Shaharulnizim selaku Penyelaras Kebolehpasaran Siswazah Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) telah mengadakan Bengkel LinkedIn untuk pelajar tahun akhir. Pelajar-pelajar ini dibimbing oleh Dr Basripuzi Nurul Hayyan untuk membina akaun LinkedIn mereka sendiri seterusnya mewujudkan curriculum vitae menggunakan platform ini. Para pelajar ini baru sahaja lulus dalam Ujian Komprehensif yang diadakan di FPV dari 24 Ogos -3 September 2020.

Foto menunjukkan lulusan UMK yang bakal menjadi doktor veterinar dengan lencana #opentowork dan mengambil gambar/selfie dengan petikan kata-kata untuk diposkan di akaun LinkedIn mereka yang baru didaftarkan. Setiap pelajar yang hadir pada hari itu pulang dengan akaun LinkedIn kerana -

"LinkedIn bukan hanya resume dalam talian. Ia adalah reputasi digital anda, - Jill Crowley (Evangelis Pemasaran Sosial) "

#opentowork # doktor haiwan