Syarat Kemasukan
1.Calon STPM dan setaraf
Syarat Am Universiti
i.Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai. Dan;
ii.Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan :
a)Gred C (NGMP 2.00) matapelajaran Pengajian Am; dan
b)Gred C (NGMP 2.00) dalam DUA (2) matapelajaran lain; dan
iii.Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
Keperluan Khas Program
1)Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam matapelajaran berikut :
a)Biologi dan
b)Salah SATU (1) daripada matapelajaran berikut :
i.Physics
ii.Chemistry
iii.Mathematics T
iv.Further Mathematics T
2)Calon yang tidak mempunyai kelulusan matapelajaran Matematik T pada peringkat STPM hendaklah lulus dengan kepujian matapelajaran Matematik Tambahan pada peringkat SPM; dan
a)Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam matapelajaran berikut:
•Bahasa Inggeris; dan
•Matematik.
2.Calon Matrikulasi
Syarat Am Universiti
i.Lulus SPM/setaraf dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
ii.Lulus matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-undang dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan,
iii.Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
Keperluan Khas Program
1)Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi dalam mana-mana matapelajaran berikut:
•Biologi; dan
•Mana-mana SATU (1) daripada matapelajaran berikut:
a.Fizik
b.Kimia
c.Matematik; dan
2)Calon yang tidak mempunyai kelulusan matapelajaran matematik pada peringkat Matrikulasi hendaklah lulus dengan kepujian matapelajaran Matematik Tambahan pada peringkat SPM; dan
3)Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam matapelajaran berikut:
•Bahasa Inggeris; dan
•Matematik
3.Kelayakan Lain Sebagai Ganti STPM
Pelajar yang mempunyai kelayakan Diploma dengan NGMP 2.00 (Gred C), dalam bidang-bidang sains dan teknologi boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program ini.
